Setiausaha Agong DAP Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa pembangkang takut untuk berdepan dengan Barisan Nasional sekiranya PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat.
Sebaliknya, keputusan untuk membantah gesaan untuk mempercepatkan pilihan raya dibuat berdasarkan ramalan berlakunya banjir pada penghujung tahun ini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.